mencari kesempurnaan adalah tabiat manusia yang semulajadi.. namun tidak ada yang sempurna...melainkan Muhammad SAW..sesempurna manusia..kerana itu haknya..
kita manusia adalah sesempurna ciptaannya..lengkap segalanya..molek kejadiannya..
namun kita yang tidak sempurna arakian berjejak mencarinya..di mana kesempurnaan itu?
Kelmarin hamba bercerita tentang lara di jiwa.. memberitahu sejak akhir-akhir ini hamba selalu memikirkan kematian..sahabat hamba bertanya kepada hamba.. "..tp kesediaan utk hdpi mati yg lbh ptg.. ko da cukup ke persediaaan"
Satu soalan yang lebih maut dari maut..
..sudahkah cukup persediaan?
hamba tidak berani bertanyakan soalan itu kepada sesiapapun.. kerana hamba terasa langsung tidak layak untuk bertanya kerana hamba ini belum ada jawapan itu.. ya.. hamba belum cukup persediaan itu.. hamba terkesima.. terkedu.. betullah.. kalau maut itu di sebelah kita..masih kita belum bersedia..daifnya hamba kan..kan..kan..
Insya Allah pesan ayahanda untuk sentiasa berzikir menyebut nama Allah akan sentiasa hamba usahakan selagi bernyawa..
Dalam diam akan hamba pujuk hati ini untuk tidak lupa sedetikpun menyebut kalimah Allah. dari kosong akan hamba ikhtiarkan selalu.. hamba mencari kesempurnaan yang tidak bisa hamba perolehi..
Hamba daif tehadap perjanjian yang hamba buat dengan Pencipta Yang Maha Memberi..
Hamba mahu keberkatan dari 3 punca.. keberkatan Allah, Nabi Muhammad SAW dan ibubapa hamba..
Tanpa kasih sayang ini sia-sialah hidup hamba..
Kilaf hamba tersangat banyak.. terlalu banyak...mungkin sedikit.. tetapi tetap banyak..
Hamba mahu berhijrah mencari kesempurnaan yang sukar dicari itu.. biarpun tidak dapat..tetap hamba mahu bercita-cita berusaha ke arah itu..
Nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan... sentiasa menjadi persoalan dihatiku.. ya.. kenapa masih hamba dustakan apa yang dikatakan oleh Nya..
Masya Allah.. dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali...
Jom bangun pagi penuh semangat!
10 years ago
No comments:
Post a Comment