Monday, December 29, 2008

jujur hati luhur jati..

ada banyak benda yang kita selalu boleh untuk tidak jujur... bila bercakap soal hati kita kadang2 jujur..kadang2 berlakon x jujur.. hati dalam siapa tahu.. Allah tahu...
Saya mempelajari sesuatu tentang jujur... mungkin sudah beberapa kali ia mengajar saya.. tetapi saya anggap ia biasa2 je..
Jujur adalah tidak ada penipuan.. tidak ada makna tersirat.. siapa paling jujur? Sudah pasti Muhammad rasullullah adalah makhluk paling jujur di muka bumi ini... tiada kesangsian..

Adakah saya cukup jujur? saya tidak berani mengakunya kerana saya hamba yang banyak khilafnya.. Apabila saya belajar untuk jujur..ada manusia yang mempersendakan kejujuran saya... Apabila saya mahu untuk tidak jujur..ada perasaan bersalah dalam diri saya untuk tidak melakukan ketidakjujuran itu... bukan saya kata saya seorang yang jujur..tetapi saya berusaha untuk menjujurkan diri saya yang masih mencari pintu hidayah..yang masih berusaha memahami bait2 Quran yang dikirimkan Allah utk manusia melalui RasulNya..
Saya kecewa bila bercakap soal kejujuran hati.. kejujuran kita dipersenda. Tapi apakan daya mungkin sifat orang sekeliling kita adalah seperti itu.. ia suatu ujian kepada bangsa manusia..
Kejam manusia kan? kenapa yang jujur masih dipertikaikan kejujurannya..kenapa yang kurang jujur tidak dipedulikan? apa salah jujur? siapa jujur?huhuhu...
Kejujuran adakah di akhir zaman ini? Politik, ekonomi, sosial, agama? perkara itu besar2 belaka..namun masih ada banyak lubang2 pertikaian sejauh mana jujurnya...
Perasaan? Iman? hati? pun sama.. masih ada ruang2 untuk dipersoalkan...
Hati dipandu iman sering dipersendakan.. kesungguhan untuk mengikut cara yang betul jarang direstui.. jarang hendak difahami.. hanya sedikit yang mampu memahaminya.. namun yang sedikit itu jarang hendak berada disisi kita.. kerana kita sering berjauhan dengan kebenaran..takut hilang hiburan barangkali..
Orang memahami orang adalah perkara yang sukar..
orang yang hendak difahami ramai tapi jarang dapat direalisasikan kehendaknya..
orang yang memahami sedikit tapi amat sedikit penghargaan yang diterimanya..
kejujuran berlandaskan iman adalah kejujuran sejati.. iman yang bagaimana? Iman yang berlandaskan Quran Allah..
Berazam kita mencari kejujuran..berazam kita mencari keredhaan..
Biar orang buat kat kita.. jangan kita buat kat orang..
Allah menyayangi orang yang sabar..
Orang yang dianiaya akan terbela.. Islam akan pasti menang sebelum kiamat nanti.. kerana Allah adalah pemilik agama ini.. sudah pasti kehendakNya tidak akan berjaya diperlekehkan oleh syaitan2 dan bala tenteranya.. tidakkah andai manusia di seluruh alam ini jujur dengan Tuhannya..aman? Tiada perang..tiada dendam.. kerana semuanya pasti Lillahitaala.
Wallahualam
Jujur dalam diri.. jujur dalam hati.. jujur bila beribadat.. dari hati yang jujur itu akan dipandu ke jalan yang benar..
bila itu berlaku pastinya tiada dendam dan benci antara manusia.. hubungan sesama manusia..habiluminannas..(salah eja ke? huhuhu..) kerana cinta Allah akan menyelubungi hati2 yang jujur..


*sedih melihat penganiayaan saudara di Palestin yang tak kunjung tiba keamanannya.. AlFatihah..

No comments: