Friday, December 26, 2008

menitis air mata..

Hari Jumaat penghulu segala hari.. Allah memberi seribu rahmat kepada makhluknya.. bukan seribu.. tapi infiniti... kerana Allah Maha Agung Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Seronoknya lelaki-lelaki kerana diberi hak menunaikan Fardu Jumaat..Solat Jumaat.. Bertuahkan mereka? Alhamdulillah..
Lagu Beyonce yang terbaru tu kan..IF I WERE A BOY.. huhuhu.. hamba memandang sudut ini pada hari ini.. Bait2 lagu itu kita ubah kepada melirikkannya sendiri kepada bait2 yang membawa kepada keinsafan.. bukan kemaksiatan seperti yang disebarkan oleh Beyonce itu..ada ke.. chasing a gurl.. huhuhu.. x baik.. IF I WERE A BOY menurut perspektif keagamaan.. kerohanian.. I WILL MAKE SURE AM NOT MISS JEMAAH IN MOSQUE..
kenapa hamba post ini? Semalam di IKIM.fm hamba mendengar bagaimana seorang Pengarah Uitm di Johor kalu x silap.. dia hobinya ke masjid 5 waktu sehari semalam..tidak mahu tinggalkan jemaah..sweet kan?
Beliau menekankan surah al-Waqiah yang telah sedikit sebanyak mengubah corak hidupnya... hamba terkesima mendengar bagaimana dia berdakwah.. touching.. pendekatan yang sangat mudah.. sejajar dengan ISLAM ITU MUDAH.. tertarik hamba untuk memuhasabah diri... berkobar2 hamba rasa mahu mengubah corak hidup hamba..
kebetulan tahun baru Hijriah 1430 akan berkunjung.. 1429 akan berangkat...
Hijriah! Allahu Akhbar!
Hamba menonton AlKuliah.. mendengar surah2 yang dibaca oleh Ustazah Baiyah semasa merawat pesakit histeria.. membuatkan getar buluh-buluh darah seluruh badanku.. Sungguh jelas ayat Quran yang dibaca..hatiku turut membisik sama mengikut lagunya...
Kemudian hamba menonton Isteri Untuk Suamiku.. sayu rasanya andai masih ada wanita yang mulia hatinya sanggup berkorban untuk si suami... Masya Allah.. Manisnya rahmat Allah kepada rumah-rumah yang didiami suami isteri yang soleh n solehah.. amin...
Tadi hamba juga menonton as Salam USA..dikala senja melabuh.. Perjuangan Malcolm X yang terus disambung oleh hamba Allah yang zuhud..insya Allah. Penghabisan siang Jumaat yang menyentuh Qalbu... hamba menitiskan air mata kesyukuran... Hamba masih diberi kesempatan menitiskan air mata kerana perjuangan Islam..
Volunteer. Kerja yang dilakukan tanpa mengharapkan ganjaran...
Hamba mahu menjadi sebahagian komuniti itu..

Kesinambungan keempat-empat makanan jiwa tadi memberikan hamba pengertian yang lebih mendalam..
Tangan Yang Memberi Lebih baik daripada Yang Menerima...

Bersama-sama kita ke arah ummah yang lebih cemerlang.
Allah menyayangi mereka yang mengasihi sesama saudara mereka...
Wallahualam..

No comments: