Friday, December 26, 2008

anak angkat

Insya Allah, andai cukup masa nanti peliharalah seorang anak yatim.. untuk pedoman diri sendiri.. ini niat. kalau kita mampu apa salahnya kita berikan sedikit kasih sayang kepada mereka yang terpilih itu.. ini cita-cita saya.. ramai kawan2 saya tersengih bila saya beritahu cita-cita saya yang ini.. kes banyak sangat cita-cita..huhuhu..

kawan-kawan saya kata.. x payahlah.. nanti kalau kawen susah.. suami xterima.. anak angkat ni bukannya kita tahu nisabnya.. baik ke buruk ke salsiahnya.. dan macam-macam lagi..

saya penah memberitahu kepada seorang sahabat saya.. kira sahabatlah walaupun tak kenal sangat sebab bagi saya sahabat adalah orang yang memberi nasihat dan membawa kita kepada perkara yang baik... hmm ntah apa khabar dia.. lama sudah tak berhubung.. tak apalah.. moga2 dia sentiasa dihadiahkan kesihatan yang baik untuk mengumpul amal2 di dunia ini..amin...insya allah..sama2 kita..

oh ya.. ke mana pula kita ni.. hmmm.. ya.. saya kirimkan kepada sahabat saya itu kata bijaksana.. yang membawa pengertian yang lebih kurang begini..
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." ..(Imam Nawawi)

Kerana inilah saya tekad.. bagi saya kalau ini cita-cita agama saya..pastinya dia boleh terima.. andai dia mencintai saya kerana agama saya..

Anak yatim itu kitalah yang menjaganya..merekakan amanah Allah.
Teringat dulu-dulu semasa KEBATIM- projek anak2 yatim di 5th UM.. kasihan tengok mereka2 ini.. memang banyak sponsor material..tetapi sedikit sponsor kasih sayang..
Ada seorang anak kecil itu.. dia ditinggalkan ibunya kerana bapanya lari.. maknanya dia bukan anak yatim.. dia anak tertinggal ibubapa.. diyatimkan sebelum yatim.. Dia nakal sangat.. mencuri duit saku kawannya.. malang dia..dia ditangkap warden.. ditegur dan didenda..tak lama selepas tu.2-3bulan selepas projek ni selesai..dia dikhabarkan telah meninggal dunia..leukemia..
Innalillah..AlFatihah untuknya..
Bagaimana kita memelihara dan mendidiknya adalah variasi kaedahnya.. terpulang kepada semua pemikir-pemikir.. bagaimana mahu melihat saya berjaya mencapai cita-cita saya.. saya sangat berdoa agar saya belajar sesuatu dari mereka..
* nabi Muhammad SAW suka mengusap kepala kanak-kanak / anak2 yatim...

No comments: