Tuesday, December 30, 2008

Rayuan ihsan...

Petang 2 Muharam 1430 H ini saya mendengar IKIM.fm lagi.. perbincangan tentang penganiayaan terhadap saudara kita di Palestin.. Syahdu mendengar dan melihat kisah2 saudara kita di sana.. Ya Allah mudahkan kemenangan ummah Islam..
Ada dua orang pemanggil yang membuat badan saya menggigil.. deras rasanya darah mengalir.. Mereka memberitahu hadis nabi tentang umat kita di akhir zaman ini.. seorang pemanggil memberitahu sebuah hadis nabi.. yang memberi pengertian berikut....
andai ummat islam di akhir zaman mahukan kemenangan.. jemaah solat subuh haruslah menyamai jemaah solat Jumaat..di segenap pelusuk..
ini bermakna penyatuan saudara dengan nama lillahitaala.
Seorang pemanggil lagi mengingatkan tentang kerugian kita yang mencintai dunia tetapi takut mati...
Pemanggil itu juga sehingga selemah-lemah bahasa dia merayu agar tiada konsert atau apa2 majlis keduniaan yang menjerumus kepada hiburan dan kelalaian..
katanya En. Lim boleh berfikir untuk membatalkan semua konsert2..kenapa tidak En.Ahmad..En Jusuh juga berfikir begitu..
Allahu Akhbar!
Melakukan Qunut Naqiyah..? bagaimana? mudah2an..

No comments: