Mengakhiri 2008 menjengah seribu kenangan.. ada manis mahupun payau.. Pengaruh jajahan menyebabkan ramai di kalangan kita lebih menanti Hepi New Yr 2009 dari salam hijriah 1430H..
Apa-apa pun kita..sejauh mana sudah perjalanan kita menghadapi 365 hari tahun Masihi ini? Banyak dosa atau banyak pahala? Banyak suka atau banyak duka? Banyak cerita atau banyak berita?
Setahun berlalu..pelbagai jenis manusia sempat dikenali.. mendengar pendapat mereka.. melihat penilaian mereka.. memandang apa tanggapan mereka.. Mereka ini sedikit sebanyak memberikan pengetahuan dan pembelajaran..
Ada mereka yang tersangat serius dengan pandangan mereka.. ada yang juga suka berjenaka.. apa pun perkongsian mereka memberikan hamba suatu idea.. memahami manusia..dengan lebih baik dari sebelumnya..
Sesungguhnya falsafah kita berbeda.. walau adapun agama kita mungkin sama..fahaman kita berbeda.. kita mencari apa yang kita mahu.. memahami apa yang kita hendak fahami.. dan menidak apa yang kita mahu untuk nafikan..
Ada apa dengan tahun baru? tahun baru adalah perkiraan hari-hari yang akan datang... mahu majukah kita mahu mundurkah kita atau mahu seri sahaja..
Ke manakah destinasi kehidupan kita seterusnya? menjadi orang atau orang-orang? melankolik kehidupan.. kita memikir apa yang kita mahu fikir.. amat mengharap hamba memikir apa yang tidak mahu hamba fikir.. memikir lebih dari kebiasaan.. kerana pemikir adalah orang yang mahu mencari kebenaran..
Kenalkah sudah hamba terhadap diri sendiri? masih banyak benda dalam diri kita yang sebenarnya kita tak ambil peduli.. dan orang lain lebih mengenali kita..
Doktor gigi lebih mengenal barisan gigi kita? Doktor panel tempat kerja kita lebih mengenali sistem badan kita... ada kita kisah apa yang berlaku dalam sistem kita?
hmmmm.... siapa kita pun kita tak kenal bagaimana hendak orang kenali kita? bagaimana hendak pasangan kita fahami kita? bagaimana orang sekeliling kita hendak dekat dengan kita...huhuhuhu..
Keazaman adalah satu bentuk motivasi untuk memajukan diri..
Tidak berlakunya kemajuan andai tiada hijrah... Ini telah dibuktikan oleh sejarah.. Bagaimana Mariam bonda Isa as berhijrah mencari tempat baru untuk meneruskan kehidupan..
bagaimana Siti Hajar bondanya Ismail mengatur langkah hijrahnya ke suatu lembah kering yang tandus..memberi kemajuan kepada penghijrahan manusia ke tanah bertuah kini..
Bagaimana Muhammad rasul Allah (selawat serta salam buat junjungan baginda habib Allah)berhijrah dari kota Mekah ke Madinah membawa kepada perubahan besar kepada umat Islam..?
walau di mana kita.. siapa kita.. hijrah wajar bergolak semangat di dalam diri kita.. kerana kita semua menuju ke kematian.. suatu hijrah yang paling besar dalam sejarah manusia sebelum ke destinasi abadi...
salam hijrah!
Wallahualam..
Jom bangun pagi penuh semangat!
10 years ago
2 comments:
Salam;
sedih melihat anak2 melayu yg mengaku islam ttp terkinja2 terlalu gembira bila menyambut detik tahun baru. Dan tak tahulah brp rmai anak2 gadis yg hanyut pd mlm tersebut. Setiap tahun tiada perubahan walaupun yg duduk diatas boleh tahan jgk pegangan agamanyer. Ehemmmm entahlah....
p/s - mner satu yg betul antara baru,bahru dan bharu. Tlg aku mikirin dong.
kepala bergeleng..hati x abis2 berdoa agar anak muda bangsa kita ni sedar ruang..
agama bisa diwarisi.. tapi iman tak dapat diwarisi..
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai... (raihan)
Post a Comment