semalamkan..rasa takut sangat bila mahu pejam mata..
seolah-olah tak akan buka lagi hari ini..
kenapa? tak kan bergoyang pokok kalau tiada yang menggoncang..
semalamkan..bila saja mata nak pejam..
tiba-tiba ayam berkokok bersahut-sahutan..
semalamkan..berpanjangan kokokan bersahut-sahut seolah-olah ada pesta ayam...
semalamkan..bila nak baca bismillah..seram sangat rasanya..
seolah-olah makin dekat sudah masanya..
semalamkan..meleleh air mata ketakutan..
seakan-akan takut akan sesuatu yang pasti menjadi ketakutan semua hidupan..
semalamkan..terkumat-kamit menyebut nama Allah..
seperti orang alim yang tak pernah lupa tuhannya..
semalamkan..pertanyaanku selama ini terjawab..
kenapa ayam berkokok sahut-menyahut seolah-olah turun sesuatu dari langit membawa khabar berita..
semalamkan..tidur yang penuh ketakutan tetapi penuh juga keinsafan..saat itu tidak terbayang takutnya..
tak tergambar getarnya..
apakah takdir semalam memberitahu sesuatu?
menyuruh aku fikirkan tentang hal yang itu..
semalam yang seram..tapi redha aku tentang kebenarannya..
pernahkah kamu merasai hal yang ku rasai semalam?
ayam berkokok sewaktu sepertiga malam...
sahut-menyahut ibarat okestra harmoni
berlagu syukur dalam keinsafan...
pernahkah kamu merasai saat-saat semalam itu?
siapa yang datang di sepertiga malam?
siapa yang terjaga di sepertiga malam?
siapa yang menyambut tetamu di sepertiga malam?...
dimanakah aku di sepertiga malam?
..berbual kosong?
..nyenyak dibuai mimpi?
..menonton tv?
aku telah merasai semalam itu semalam..
kamu?
pernahkah kamu rasa?
sudah di penghujung mungkin hamba ini..
Sesungguhnya Dialah tuhan yang Maha Berkuasa ke atas setiap ciptaanNya..
Ya Allah..mohon perlindunganMu dunia akhirat untuk sekalian ummat muslimin dan muslimat..
Jom bangun pagi penuh semangat!
10 years ago
1 comment:
zie..baca ini utk panduan..
http://fauzanibrahim.wordpress.com
Post a Comment