Thursday, January 29, 2009

di mana damai itu...

melihat langit yang tiada bertiang..
melihat laut yang tiada tertumpah..
Subhanallah.. Maha Suci Allah..

kurasakan betapa kasih Maha Pencipta mengatur hidupku...
biar tak sehebat kisah yang hebat..
biar tak ampuh seperti kisah yang ampuh..
Dia memberi kepadaku seadanya..selayak aku..
namun bertuah rasanya..
disemai dengan benih kasih..
dibaja dengan sedikit kesedihan..
namun ada manisnya bila dikenang..
tidakKu uji hambaKu melainkan dengan dayanya..
janji Allah itu kupegang selalu..apatah lagi bila hati rasa hiba..
Kata-kata seorang yang menjadi semakin penting dalam hidup ini mengukuhkan lagi kemanisan kehidupan ini..bait-bait katanya tidak hamba ingat namun pengertiannya membuat hamba berfikir dan terus berfikir..
Allah memberi dalam Dia tidak memberi, Allah tidak memberi dalam Dia memberi..
Dalam kebahagiaan diselit duka..
Dalam kedukaan diselit bahagia..
itu namanya dibalik cerita tersembunyi hikmahnya..
nikmat inilah yang menjadi kemanisan hidup..
hanya mereka yang bersyukur akan menyentuh damai ini..
hamba mahu menjadi golongan itu..
golongan yang berdaya menyentuh memeluk damai itu..
Wahai Allah..kubisik di hati..
Jadikanlah hamba ini hamba yang menikmati kasihMu dengan penuh kesyukuran..
Hamba terlalu banyak menzalimi minda ini.. menzalimi hati ini..
membiarkan usia memamah waktu..
membiarkan minda kosong.. membiarkan jiwa rapuh..
membiarkan hati tidak berpimpin..
Mencari keredhaan Allah bukan sesuatu yang mudah..
namun ia tidak susah bagi mereka yang memperoleh keizinanNya..
Adakah aku memperoleh izinNya?
Terkesima mencari jawapan ini.. terkesima.. sungguh-sungguh terkesima..
soalan bagai tak berjawapan.. tapi pasti ada...
cari..terus mencari.. janganlah berhenti wahai hati..wahai alai..
andai diberhentikan pencarian itu.. mungkin jejaknya hilang dari pandangan..
kerana Dia memberi kepada seseiapa yang diinginiNya..
Maha Suci Allah Tuhan sekian alam..
wahai alai hati wahai alai jiwa wahai alai fizikal..janganlah dilupa mencari terus mencari..kasihani alai ini..seiring sejalanlah dengannya mencari pencarian itu..
di mana ke mana..

No comments: