Allah Maha Pengasih Allah Maha Penyayang..
Hari ini kuliah terpaksa dibatalkan.. ustaz tidak dapat hadir untuk kuliah subuh ini atas sebab-sebab tertentu.. sayang seribu kali sayang.. namun.. pengisian ringkas oleh imam yang memimpin pagi ini mengenai surah masa...AL-'ASR..
wal as.. sedikit sebanyak memberi peringatan kepada hamba dan jemaah lain.. Hanya orang yang beriman, beramal sahaja yang beruntung.. kubisik ke dalam hatiku yang tandus.. wahai hati... pergilah kepada keberuntungan.. janganlah dibawa jiwa dan jasad ini..ke lembah kerugian..amin..Hamba bersyukur dengan limpah kurniaan Allah pinjamkan selama ini.. kesedihan.. kegembiraan.. adalah anugerah Allah..Dalam sedih Dia kurniakan kemanisan.. kemanisan untuk menjadi dekat kepadaNya.. Allahuakhbar.. syukran ya Allah.. syukran..ya Rahman.. syukran ya Rahim... tetapkan petunjukMu di hati ini.. seperti Dikau tetapkan hati-hati orang soleh..
Lembutkan hati ini seperti sifat nama agungmu ya Latif..amin...
Hari demi hari makinku rasakan terlalu singkat untuk alpa..ya.. terima kasih Allah.. Dikau sungguh memberi..namun kubisikkan dalam hati...kerap..
ku rapatkan tangan dada..membiarkan tapak tangan merasai degupan jantung.. merasakan keagungan Allah mencipta sistem yang tiada tolok bandingnya.. bagaimana seketul daging ini berdegup mengepam darah keseluruh anggotaku..untuk hidup.. dari usiaku di dalam rahim bonda..hingga kini.. saat ini..
Biarpun selama ini hamba lalai.. namun hamba yakin kepada Allah.. Dia Maha Pengampun.. kedekut bukanlah sifat Allah.. Allah pengampun yang agong!
Kalian sahabatku tersayang..nyanyikanlah lagu ini..laguku karang di sejadah biru tanpa tak putus berharap moga kita menjadi sebahagian yang sentiasa dikasihiNya..diredhaiNya..
Duhai Tuhanku.. tenangkan hati ini bagai tenang air di kali.. damaikanlah jiwa ini bagai damai kicau burung menyanyi di dingin hari.. Terangkanlah hati ini bagai terang NurMu yang suci..
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment