Melihat hakikat adalah pelajaran yang beremosi..!!?Alhamdulillah.. seakan2 tenang menerima hakikat kenyataan melupakan sesuatu yang kalau boleh tidak mahu dilupakan kerana sayang. Redha! Biarlah sayang itu dilupakan kerana ia kehendaknya.. Berbisik sendirian tentang hak! Siapa kita untuk menuntut hak yang sememangnya bukan milik kita? Pujuk hati untuk percaya bahawa Allah itu menguji hambanya hanya sekadar yang terdaya oleh hambaNya itu.. sesungguhnya Allah tidak zalim. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Sudah pasti kasih sayang itu adalah dengan izinNya.
Benar mungkin, kita sering mahu apa yang sebenarnya tidak mampu kita miliki...
Namun tidaklah berputus asa! kerana Allah tidak suka hambaNya bersikap putus asa terhadap perkara yang baik..insya Allah.
Adat manusia..meninggalkan sesuatu yang ditemui.. ini adat kehidupan dunia!.. yang datang pasti kembali..
Ini hakikat! Hakikat berperasaan!
Yang dipinjam pasti dipulangkan.. (pulangkan!..huhuhu..ala2 pontianak harum sundal malam la pulok! ;p) lama xde joke..
Tapi ye la kan.. kita ni sementara di dunia nie.. kejap lagi dah ping! agaknya kat mana kita ping? semoga dipembaringanlah hendaknya.. amin..
Mari Mengaji TV9 - Ustaz Zamri bercerta tentang subsidi yang Allah berikan kepada kita.. huhuhuhu.. miskin benar rupanya kita ni... orang yang kaya2 dalam dunia ni rupanya lagi banyak pinjaman or as known as SUBSIDI dari Allah... Yang miskin pulak merupakan golongan yang sikit subsidinya..(hmmm..kiranya orang miskin ni macam lebih kaya dari orang kaya la ek? hehehe...logik2!)
Ini hakikat! hakikat kehidupan.
Memandu hidup seumpama memegang stereng kereta..van..mpv mahupun apa2 jenis kenderaan yang ada stereng arakian stereng kapal terbang? ha ah! Lilong stereng tu.. makanya lilong la hidup kita.. kedian lolinglah masa depan kita..huhuhuhu.. Life is like that! uppss.. ini kata2 en.Shah! huhahaha.. ada kebenaran jugaklah quote encik yang seorang ini.. tapi hakikat tentang We Make Life Like That adalah makrifat yang hakiki.. sebab kalau ditengokkan kepada ayat Quran ada menyatakan tentang nasib sesuatu bangsa itu adalah ketentuan usaha mereka.. chi em chi? hai.. ngam! Ngo kong ngam hai.. insya Allah..
Xleh juan kuan!(maknanya cannot give up!) mesti pang qi dengan apa yang diajar oleh our AlMighty..
Bak kata en.Nasa mesti usaha! Bak kata kak Ja.. cuba lagi! Bak pesan ayah..cari jalan kebenaran sebenar.. bak kata emak..kena berani.. bak kata cerdik pandai..orang yang belajar menerima hakikat adalah orang yang mencari titik keredhaan penciptanya.. tapi AWAS! Jangan kata oh..ini kan takdir.. jangan salah takdir..kalu x..jadi satu problem la pulok kita nak figure out apa makna ayat Quran tentang nasib sesuatu bangsa tadi.. ye tak? fikir2kan..
Wallahualam..
Moga kita memertabatkan diri kita ke tempat yang sewajarnya.. insya Allah.
No comments:
Post a Comment