dengan rendah diri hamba berkongsi..moga-moga kita berjaya mencari Nur itu..
singgah sana semampu mungkin.. selapang mungkin.. sedaya mungkin.. terkesima seketika kala terdengar sebuah hadis sahih..Rasullullah ditanya oleh sahabat mengenai ummah di akhir zaman.. perbicaraan mereka ini membawa kepada pengertian.. berikut..
"ummah di akhir zaman ummah yang lemah kerana mereka cintakan dunia takutkan mati.. bagaimana mereka boleh mencapai kemenangan? .. apabila solat subuh berjemaah seramai solat jemaah Jumaat.."
hari ini hamba berkesempatan menunaikan solat jemaah subuh di masjid mukarramah di Sri Damansara. aduhai..lamanya tak berjemaah subuh.. kali terakhir subuh berjemaah adalah di UM... kesiannya diri ini yang merugikan diri sendiri selama Allah memberi peluang memberi kesempatan.. hamba lemah..
semalam hamba tidur dengan penuh semangat untuk bangun awal.. mandi bersiap2 untuk ke rumah Allah..alhamdulillah.. betullah kata orang.. jam paling berkesan alam hidup ini adalah nawaitulillahitaala..
Hamba dikejutkan dengan ketukan pintu..untuk menyegarkan lagi mata ini..senang bangun..Alhamdulillah..
Mandi siap2..nak gerak tu.. amik wuduk dulu. bila nak amik wuduk..Allahu Akhbar.. terjelepuk hamba jatuh di atas lantai bilik air. tak pernah2 jatuh.. leh pulak ari ni jatuh.. kebas sebelah badan kiri.. Masya Allah.. tuhan saja yang tahu perasaan ketika itu.. hamba kuatkan diri bangun cepat2 sambil menyebut nama Allah..alhamdulillah.. semangat ini diredhai Allah..
pakaianku habis basah sebelah.. hamba fikir tentunya pakaian ini sudah tercemar.. was-was la ni.. maka tukar yang lain.
kali kedua hamba mengambil wuduk..kali ini pun hampir rebah.. namun sempat menyeimbangkan tubuhku.. (dalam hatiku..aik licin pula lantai bilik air ni..)
Alhamdulillah..
Masya Allah.. cubaanku kira.. hamba melangkah maju ke kereta..walau tangan dan kaki masih kebas..xapa.. masih boleh jalankan? ya...
selamat hamba tiba di masjid Mukarramah Sri Damansara. sedang elok..azan subuh bergema sahdu merdu di dingin hari.. bisikku.."cantik masjid ni.."
melangkah majuku ke saf muslimah.. kurang 15 orang muslimah..muslim agak ramai.. dalam hampir 30 orang hamba kira..
lamanya tidak berjemaah.. paling akhir semasa puasa tahun lalu.. kesempitan masa yang sengaja hamba cipta..
Titis setitik demi setitik air mataku jatuh..tanpa dipaksa.. kukesali kealphaanku selama ini.. menitis air mataku tanpa dipaksa memikirkan kesempatan yang Allah hadiahkan ini.. Hamba adalah antara orang-orang yang diberi keberuntungan...namun hamba tidak perasan.. rugi rasanya..
Di atas sejadah hamba berteleku mendengar iqamah.. berderai lagi air mata..
hamba tunai solat sunat sebelum bersama solat berjemaah.. tak henti titisan air mata ini bagai ada kisah duka dicerita saat itu..
alhamdulillah.. selamat berjemaah.. hamba berkesempatan berzikir..oh Allah..sudah lama hamba lepaskan peluang ini.. kenapa sekarang baru hamba mahu nikmat ini?
doa bersama2 turut membuat hamba menangis lagi.. masya Allah.. terima kasih Allah.. diKau tetap memberi peluang kepada hambaMu ini..
siap berdoa..seperti biasa hamba akan sujud sekali tanda kesyukuran..(amalan ini hamba praktikkan sejak di KPYT- terima kasih kepada hamba Allah yang mengajarku amalan ini..) tetap air mata keluar setitis demi setitis.. Masya Allah..
selesai berjemaah..hamba berkesempatan bersalaman dengan makcik-makcik (yang menjadi jemaah tetap ku rasa..)
Hari ini kuliah maalhijrah lagi.. ada slide ditayangkan.. hamba beralih tempat hujung sudut untuk tidak ketinggalan melihat paparan slide ini.. untuk lebih faham barangkali..
Sirah Hijrah Rasulullah SAW .. bait2 ayat yang pentingku tulis.. mendengar tentang sahabat..menitis deras air mataku jatuh.. mendengar kemuliaan Muhammad Rasulullah SAW.. menitis lagi air mataku.. Masya Allah.. sungguh hamba ini terlepas peluang yang telah dipinjamkan selama ini.. Syukran jazilan kepada Adik kerana memandu kereta dengan selamat untuk ke masjid pagi ini..
Alhamdulillah kepada Allah kerana tidak menarik nikmatMu yang tiada tolok bandingnya kedamaian ini..
"Fa-bi-ayyi alaa'i Rabbi-kuma tukadhdhi-ban.."- o jin and human.. which blessing of your Lord will you deny?- nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan? Dari surah paling indah..ar Rahman..
Ya allah.. dngan nikmatMu, hamba berdiri..dengan kuasaMu, hamba duduk.. dengan kurniaMu, hamba bernafas.. dengan kehendakMu, hamba kaku.. dengan RahmatMu, hamba melihat dengan hakMu, hamba bergelap.. kurniakan kepadaku ibu dan ayah berjiwa tenang bertaqwa kepadaMu..adik beradik yang berpegang kukuh kepada paksi agamaMu, saudara mara dan sahabat yang teguh menjunjung ibadah terhadapMu.. guru-guru dan orang sekeliling yang patuh dengan hukumMu.. Jadikanlah diri ini hamba yang beruntung.. hamba yang tidak menzalimi dirinya sendiri.. amin ya Rabb..amin..
Jom bangun pagi penuh semangat!
10 years ago
No comments:
Post a Comment