Sunday, February 8, 2009

mahu atau tidak...

Bila bercakap tentang kehendak.. kalau boleh semua kita nak.. sedangkan rupanya kita tak mampu langsung.. malah kadang-kadang mungkin tak layak sedikit pun.. hamba tak terkecuali kan..? sememangnya.. lumrah manusia.. berkeinginan.. bercita-cita.. berkehendak..
bila bercita-cita..kita pasang niat.. niat yang baik akan dilihat oleh Maha Pencipta kita.. kerana kasih sayangnya menghargai setiap perkara yang baik..walau sebesar proton.. dan Dia Maha Menghukum bagi tiap perbuatan yang salah..walau sebesar proton..cas yang membina atom.. (dalam Quran analogi yang digunakan adalah zarah..)
Sekali itu ayah memberitahu sesuatu yang hamba tahu.. tentang hukuman.. dan ganjaran yang Allah berikan.. kadang-kadang teringat.. kadang-kadang terlupa mengenai perkara ini.. lalai..
Mendengar kata-kata itu.. membuat hati hamba sebak.. terfikir.. memikir.. adakah diri ini layak memperolehi apa yang dianugerahkan oleh Illahi kepada mereka yang terpilih..
atau adakah diri ini begitu hina hingga mungkin dicampak ke nerakaNya..?
Bila dipertemukan kepada yang baik.. adakah hamba akan membiarkan ia berlalu..? sebak hati..
Suatu malam..
sesudah membaca al Mulk.. hamba baring bersama telekung sembahyang yang masih dibadan.. hamba melihat dan merenung dinding.. merenung lampu kalimantan yang menyala cahaya putih menyinari gelap bilik ku yang bewarna merah.. suram jadinya.. tiba-tiba terlintas di hatiku.. andai hamba mati malam ini.. adakah hamba gagah di sana? gentar perasaan menyinggah..
hina sungguh rasanya diri ini... langsung tidak layak...
namun..tidakku sanggup menghadapi hukumannya.. ke mana aku? ke kirikah ke nanankah? hamba terus membisik dan membisik dan berbisik..
Moga Allah memberi petunjuk kepada kita seperti mana Dia memberi petunjuk kepada hamba-hambaNya yang dikehendakiNya..

No comments: