Thursday, January 29, 2009

di mana damai itu...

melihat langit yang tiada bertiang..
melihat laut yang tiada tertumpah..
Subhanallah.. Maha Suci Allah..

kurasakan betapa kasih Maha Pencipta mengatur hidupku...
biar tak sehebat kisah yang hebat..
biar tak ampuh seperti kisah yang ampuh..
Dia memberi kepadaku seadanya..selayak aku..
namun bertuah rasanya..
disemai dengan benih kasih..
dibaja dengan sedikit kesedihan..
namun ada manisnya bila dikenang..
tidakKu uji hambaKu melainkan dengan dayanya..
janji Allah itu kupegang selalu..apatah lagi bila hati rasa hiba..
Kata-kata seorang yang menjadi semakin penting dalam hidup ini mengukuhkan lagi kemanisan kehidupan ini..bait-bait katanya tidak hamba ingat namun pengertiannya membuat hamba berfikir dan terus berfikir..
Allah memberi dalam Dia tidak memberi, Allah tidak memberi dalam Dia memberi..
Dalam kebahagiaan diselit duka..
Dalam kedukaan diselit bahagia..
itu namanya dibalik cerita tersembunyi hikmahnya..
nikmat inilah yang menjadi kemanisan hidup..
hanya mereka yang bersyukur akan menyentuh damai ini..
hamba mahu menjadi golongan itu..
golongan yang berdaya menyentuh memeluk damai itu..
Wahai Allah..kubisik di hati..
Jadikanlah hamba ini hamba yang menikmati kasihMu dengan penuh kesyukuran..
Hamba terlalu banyak menzalimi minda ini.. menzalimi hati ini..
membiarkan usia memamah waktu..
membiarkan minda kosong.. membiarkan jiwa rapuh..
membiarkan hati tidak berpimpin..
Mencari keredhaan Allah bukan sesuatu yang mudah..
namun ia tidak susah bagi mereka yang memperoleh keizinanNya..
Adakah aku memperoleh izinNya?
Terkesima mencari jawapan ini.. terkesima.. sungguh-sungguh terkesima..
soalan bagai tak berjawapan.. tapi pasti ada...
cari..terus mencari.. janganlah berhenti wahai hati..wahai alai..
andai diberhentikan pencarian itu.. mungkin jejaknya hilang dari pandangan..
kerana Dia memberi kepada seseiapa yang diinginiNya..
Maha Suci Allah Tuhan sekian alam..
wahai alai hati wahai alai jiwa wahai alai fizikal..janganlah dilupa mencari terus mencari..kasihani alai ini..seiring sejalanlah dengannya mencari pencarian itu..
di mana ke mana..

Tuesday, January 27, 2009

buku santapan jiwa...

Mengenali diri mengenali jiwa..bukan perkara enteng.. hamba merasai beratnya.. beratnya adalah malas.. penyakit hati yang membebankan jiwa ini dalam mencari ketenangan.. mencari kebenaran.. namun pasti hamba akan meneruskan niat hamba.. insya Allah.. biarpun lambat asal istiqamah..
Ini hadiah untuk ayah.. 3T untuk ayah.. n yang sebelah lagi tu untuk hamba.. rujukan untuk hamba mengajar subjek fizik dan sains di dalam kelas.. dakwah? mungkin hamba tak layak.. cumanya berkongsi cerita sahajalah.. yang baik itu sesungguhnya jangan disimpan.. sedekahkan ia ke sekeliling kita.. ini sahaja mampu hamba lakukan.. berkongsi.. sharing is caring.. :p

3T pendekatan mendekati Allah.. bagus untuk dibaca.. kawan2 kalu mahu baca cubalah cari di toko2 buku.. kalu nak pinjam ngn hamba pun boleh.. hamba lapang hati, ayah pun sama.. yang mana kita ada tu bolehlah kongsi2.. yang mana kita kurang tu.. bolehlah kita belajar lagi..

Banyaknya kena belajar lagi.. sungguh hamba ni sangat2 kerdil.. kalu orang menganggap ilmu yang diperolehinya umpama mencelup jari ke air laut.. hamba pula rasakan.. sezarah wap air laut yang tersejat mahupun terkondensasi pun langsung hamba tiada... jahilnya hamba ini.. tiada apa-apa langsung..

Sunday, January 18, 2009

Berlagu sayu memanjat doa..

Slot Tanya Ustaz di TV9 pagi ini sedikit sebanyak mengubat hati ini yang tidak dapat bersarapan pagi ini.. Allah tidak beri itu.. tetapi allah kirimkan ini.. Dia Maha mengetahui apa yang tak kutahui.. hamba tersenyum sendiri.. manisnya kasihNya.. alhamdulillah..
Beberapa persoalan mengenai shubahah..dalam kehidupan seharian.. insaf..apa yang bukan hak kita tetap bukan hak kita.. baik..akanku ingat dikotak ingatan.. hmm ada tak masihku simpan apa2 bukan hakku... baik.. hamba akan list n refund.. ptptn..kuang3.. :p
Ustaz Amin menjawab pertanyaan pagi ini.. hmm..pendekatannya sederhana tetapi padat.. alhamdulillah..
di akhir masa..ustaz mengajak semua penonton menadah tangan..ustaz berlagu.. merayu kepada Allah memohon kebaikan keseluruhannya kepada setiap nyawa muslim yang bernafas.. doanya mendayu.. menyentuh qalbu..gugur air mataku berderai mendengar bait-bait lagunya.. doa untuk diri sendiri..untuk ibu dan ayah.. untuk guru-guru.. untuk sahabat-sahabat.. untuk seluruh muslim seantero.. tidak terlepas doa untuk saudara-saudara di Palestin.. moga-moga kemenangan Allah bersama-sama mereka.. bersama kita.. hak akan pulang kepada tuannya..insya Allah..

Hamba termenung sendirian buat seketika.. mengapa ustaz berlagu dalam doanya? kenapa ustaz mendayu-dayukan suara garaunya? mengapa hati ini tersentuh bila mendengarnya? mengapa air mata hamba jatuh laju mengaminkan doa yang dibacanya.. begitu ikhlas hamba rasakan.. hamba tersenyum kemudiannya.. ya.. hamba memikirkan sesuatu di balik lagunya itu.. Sifat Allah mencintai yang indah.. menyenangi yang terindah.. pastinya yang indah itu kecintaanNya.. Merdu itu keindahan dialog.. lagu itu irama percakapan.. ya.. bila kata-kata disyairkan pasti ia menikam lembut di qalbu.. mengapa hamba tidak perasan sebelum ini? kerana Allah mahu hamba tahu ia hari ini.. manisnya nikmat Allah.. syukran ya Allah... syukran..
"Wahai alai Haziemah Harun.. nyanyikan doamu.." ini ku bisikkan jauh dalam sudut hatuku... ya..sebaik-baik suara adalah suara yang menyebut nama Allah.. seburuk-buruk suara adalah suara keldai..
Mahukah aku bersuara buruk?bersuara keldai? ooh..tidak.... nauzubillah..
Dalam keriangan penyanyi menyanyi untuk hiburan manusia yang bukan sesiapa ini.. masih ada suara yang menyanyi untuk jiwa yang sepi..yang disyairkan kepada Pendengar yang paling jelas.. Allah As Sami'!!
Lagu merdu untuk Allah.. bolehkah hamba mencubanya? biarpun suara tak semerdu buluh perindu.. Allah Hakim paling Agong!

kumohon denganNya..

Pagi ini hamba berpuluang sekali lagi diberi rezeki oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke Masjid Mukarramah, Sri Damansara.. Alhamdulillah.. Allah masih sayangkan hamba.. Semalam..Sabtu hamba bersekolah.. terpaksa meninggalkan niat untuk bersama-sama belajar kuliah subuh di sana..

Allah Maha Pengasih Allah Maha Penyayang..

Hari ini kuliah terpaksa dibatalkan.. ustaz tidak dapat hadir untuk kuliah subuh ini atas sebab-sebab tertentu.. sayang seribu kali sayang.. namun.. pengisian ringkas oleh imam yang memimpin pagi ini mengenai surah masa...AL-'ASR.. wal as.. sedikit sebanyak memberi peringatan kepada hamba dan jemaah lain.. Hanya orang yang beriman, beramal sahaja yang beruntung.. kubisik ke dalam hatiku yang tandus.. wahai hati... pergilah kepada keberuntungan.. janganlah dibawa jiwa dan jasad ini..ke lembah kerugian..amin..
Hamba bersyukur dengan limpah kurniaan Allah pinjamkan selama ini.. kesedihan.. kegembiraan.. adalah anugerah Allah..Dalam sedih Dia kurniakan kemanisan.. kemanisan untuk menjadi dekat kepadaNya.. Allahuakhbar.. syukran ya Allah.. syukran..ya Rahman.. syukran ya Rahim... tetapkan petunjukMu di hati ini.. seperti Dikau tetapkan hati-hati orang soleh..

Lembutkan hati ini seperti sifat nama agungmu ya Latif..amin...

Hari demi hari makinku rasakan terlalu singkat untuk alpa..ya.. terima kasih Allah.. Dikau sungguh memberi..namun kubisikkan dalam hati...kerap..
ku rapatkan tangan dada..membiarkan tapak tangan merasai degupan jantung.. merasakan keagungan Allah mencipta sistem yang tiada tolok bandingnya.. bagaimana seketul daging ini berdegup mengepam darah keseluruh anggotaku..untuk hidup.. dari usiaku di dalam rahim bonda..hingga kini.. saat ini..
Biarpun selama ini hamba lalai.. namun hamba yakin kepada Allah.. Dia Maha Pengampun.. kedekut bukanlah sifat Allah.. Allah pengampun yang agong!

Kalian sahabatku tersayang..nyanyikanlah lagu ini..laguku karang di sejadah biru tanpa tak putus berharap moga kita menjadi sebahagian yang sentiasa dikasihiNya..diredhaiNya..

Duhai Tuhanku.. tenangkan hati ini bagai tenang air di kali.. damaikanlah jiwa ini bagai damai kicau burung menyanyi di dingin hari.. Terangkanlah hati ini bagai terang NurMu yang suci..

Wallahualam...

Wednesday, January 14, 2009

Sungguh Hamba Beruntung

Sungguh hamba beruntung..
Dikejut oleh laskarnya untuk terjaga di dingin hari..
Bila saat mata-mata ini berehat..laskarnya mencuit mimpi..
Sungguh Tuhan itu tidak zalim..
Dia memberi kepada siapa yang mahu..
Dia membuka pintu-pintu NurNya kepada mereka yang mahu..
Sungguh Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Begitu luas terbentang lautan..begitu luas tergantung langit..
Andai hamba masih gagal mencari NurNya..oh bagaimana?
Maha Suci Allah.. janganlah dicondongkan hati ini setelah Dikau memberi petunjuk..
Peliharalah hati-hati ini untuk terus mencari cinta Mu.. Mengenali Mu.. Mengakui kewujudanMu.. Mencari HidayahMu..
Golonglah hamba-hamba ini dalam golongan orang-orang yyang mendapat keredhaaMu..

Ku bisikkan di hati..
wahai diri yang tandus.. ke manakah kamu mahu pergi hari ini..
ke kiri atau ke kanankah?
wahai diri yang tandus..
mahukah kamu hari yang lebih baik hari ini berbanding semalam..?
andai mahu..
jadilah kamu hati yang lebih baik..
jernihkanlah titik-titik hitam yang mungkin bersarang begitu lama di hati..
ku kucup hamparan biru itu..
ku tangisi kebodohanku selama ini...
Kenapa aku ini begok? Menafikan kurniaanNya..
aku mahu pulang..
Kepada teman yang bernama iman..
andai aku masih mendustai diriku mahupun kamu..
teguri aku..
Janganlah biarkan aku lalai..
wahai teman yang bergelar iman..
bersaranglah dengan kukuh di hati ini..
sinarilah hati ini agar nampak jalan kebenaran Tuhanmu.. Tuhanku..
amin.. amin.. amin..

Sunday, January 11, 2009

Dua Tangisan Manusia..

Ada dua rupanya tangisan manusia yang paling bermakna..



Pertama tangisan ketika kelahirannya..- manusia menangis kerana ia berasa akan kehilangan Tuhannya yakni Allah Maha Besar.



Kedua adalah tangisan ketika ia bertaubat..- manusia menangis kerana ia berasa ia menjumpai kembali Tuhannya yakni tetap dan pastinya Allah Maha Besar..



Sudahkah aku menangis hari ini???



Wallhualam..

Subuh jemaahku ke-4,1430H

Allahamdulillah... berjaya! di saat mata2 itu tutup.. Allah memberi peluang kepadaku dan seluruh jemaah subuh di seluruh dunia berjemaah. Di saat badan2 itu berselimut, Allah memberi peluang tubuhku dan seluruh mukmin di seluruh dunia dilitupi pakaian solat pakaian bersih untuk bertakbir.. Di saat kepala2 itu berdiam di atas bantal2 empuk.. Allah memberi peluang kepada kepala ini dan seluruh mikmin di seluruh dunia bersujud ke Hadrat Illahi.. masya Allah! Kasih sayang Allah itu tidak ada tolok bandingnya... kita masih diberi peluang hari ini untuk mengenal subuh..
Moga2 bertambah dan bertambahlah lagi saudara2 seluruh alam mencari apa yang sebenarnya rohmu cari..amin..
Hari ini hari Ahad..hari cuti bagi negeri yang bercuti.. jemaah hari ini alhamdullillah.. ramaaaaiii.. :)
Kuliah dari seorang ustaz..sejam kurang lebih..
Apa roh cari? Roh itu jujur.. dia mencari Allah.. pemilik sementara yang meminjam pakai roh ini yang bertatih..berjalan, berlari mahupun apa saja kaedahnya mencari tempat asalnya...
Kuliah hari ini d Masjid Mukarramah adalah mengenai mencari title menjadi hamba Allah yang sebenar. Hamba berbisik sendiri betapa tak layaknya diri ini.. oh Allah.. janganlah dipalingkan petunjuk sekiranya Dikau berikan kepadaku.. amin..
Ustaz kali ini memulakan kuliah dengan mengajak semua jemaah yang hadir untuk merenung sejauh mana kita menunaikan kewajipan sebagai seorang hambaNya.. terkedu hamba seketika.. jauh mana hamba??? thinking!!
Dari alQuran...Allah berfirman yang membawa makna.."TidakKu jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu".
Dalam isi kandungan kulah ini antaranya :
i) manusia dilahirkan dalam 2 kelahiran.. kelahiran jasmani (dari rahim ibu) dan kelahiran ma'nawi (dari tangan asuhan/tarbiyah/berguru)
ii) belajar ilmu tauhid tidak menjamin kita mengenal Allah.. perlu belajar ilmu tasawuf.. (komplek tapi insya Allah hamba berusaha untuk mencarinya.. biar lambat asal sempat..)
iii) perbanyakkan tahlil kerana ia akan melimpah ke sekeliling kawasan sekitar..(orang yang tidur juga dapat manfaatnya..)
iiii) perbanyakkan zikir.. (kata ustaz..zikir itu senang tapi susah..)
Bukan hidupku ini untuk kuasa..bukan hidupku ini untuk harta..bukan hidupku untuk berfoya2..
bukan hidupku untuk alpa.. wahai hidupku.. fahamilah ini dengan sungguh2 faham..insya Allah..
Ayah hamba selalu berpesan setiap kali hamba pulang ke kampung.. "imah, jangan tinggal menyebut Laillahaillallah.. dalam bus, tgh jalan, kat mana2.. dalam hati selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW".. ya..inilah sepatutnya..
Dan hari ini ustaz ada juga menyebut tentang zikrullah. menyebut nama Allah tidak susah tapi susah..??? menurutnya.. ia senang bila datangnya pertolongan Allah pasti ia jadi senang. Allah tidak terima hati2 kecuali yang datang kepadanya hati yang sejahtera. hmm.. sebab inilah zikir itu susah tpi senang.. senang tapi susah..
Ustaz kata lagi.. hanya hati yang salim.. Qalbu salim.. - di hati itu hanya ada Allah semata2.. dengan , nabi Ismail.. lalu Allah memerintahkannya menyembelih anaknya. Sehinggalah Ismail hendak disembelih lalu Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan yang besar.
Dalam fikiran tiada yang diingini melain Allah.
Benarlah.. zikir itu mudah tapi susah..
hmmm!!! Thinking!!

Sambung ustaz lagi.. -Nabi Muhammad berpesan kepada sahabat2.. "Baharuilah iman kamu!".Sahabat bertanya kepada Rasulallah SAW tentang itu.. "Bagaimana wahai Rasulullah?"
Pesan ya Rasulullah.."perbanyakkan menyebut Laillahaillallah."
hmm...insya Allah! perbanyakkan kita menyebut nama Allah. Ustaz menekankan tentang basahi lidah dengan Laillahaillallah.. suarakan dalam hati dengan perkataan agong ini.."Allah".

Hamba teringat tentang melatah dikalangan masyarakat Melayu.. penyakit minda. kenapa? kerana melatah adalah sifat yang kosong. Mempamerkan otak seseorang melatah tidak aktif..menyebatkan mereka mengeluarkan kata2 yang tidak bermakna dan melakukan aksi2 diluar sedar. Hamba terfikir.. kenapa mereka tidak menyebut nama Allah apabila terkejut? kenapa sumpah seranah mahupun mencarut? di mana hati mereka? Hah! apa kata kita tukar channel latah tu kepada zikrullah? amacam? jom!Insya Allah..

menarik untuk dikongsi..blog bertajuk zikrullah http://khoirun.blogspot.com

Menerima hakikat..

Melihat hakikat adalah pelajaran yang beremosi..!!?

Alhamdulillah.. seakan2 tenang menerima hakikat kenyataan melupakan sesuatu yang kalau boleh tidak mahu dilupakan kerana sayang. Redha! Biarlah sayang itu dilupakan kerana ia kehendaknya.. Berbisik sendirian tentang hak! Siapa kita untuk menuntut hak yang sememangnya bukan milik kita? Pujuk hati untuk percaya bahawa Allah itu menguji hambanya hanya sekadar yang terdaya oleh hambaNya itu.. sesungguhnya Allah tidak zalim. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Sudah pasti kasih sayang itu adalah dengan izinNya.
Benar mungkin, kita sering mahu apa yang sebenarnya tidak mampu kita miliki...

Namun tidaklah berputus asa! kerana Allah tidak suka hambaNya bersikap putus asa terhadap perkara yang baik..insya Allah.
Adat manusia..meninggalkan sesuatu yang ditemui.. ini adat kehidupan dunia!.. yang datang pasti kembali..
Ini hakikat! Hakikat berperasaan!
Yang dipinjam pasti dipulangkan.. (pulangkan!..huhuhu..ala2 pontianak harum sundal malam la pulok! ;p) lama xde joke..
Tapi ye la kan.. kita ni sementara di dunia nie.. kejap lagi dah ping! agaknya kat mana kita ping? semoga dipembaringanlah hendaknya.. amin..

Mari Mengaji TV9 - Ustaz Zamri bercerta tentang subsidi yang Allah berikan kepada kita.. huhuhuhu.. miskin benar rupanya kita ni... orang yang kaya2 dalam dunia ni rupanya lagi banyak pinjaman or as known as SUBSIDI dari Allah... Yang miskin pulak merupakan golongan yang sikit subsidinya..(hmmm..kiranya orang miskin ni macam lebih kaya dari orang kaya la ek? hehehe...logik2!)
Ini hakikat! hakikat kehidupan.


Memandu hidup seumpama memegang stereng kereta..van..mpv mahupun apa2 jenis kenderaan yang ada stereng arakian stereng kapal terbang? ha ah! Lilong stereng tu.. makanya lilong la hidup kita.. kedian lolinglah masa depan kita..huhuhuhu.. Life is like that! uppss.. ini kata2 en.Shah! huhahaha.. ada kebenaran jugaklah quote encik yang seorang ini.. tapi hakikat tentang We Make Life Like That adalah makrifat yang hakiki.. sebab kalau ditengokkan kepada ayat Quran ada menyatakan tentang nasib sesuatu bangsa itu adalah ketentuan usaha mereka.. chi em chi? hai.. ngam! Ngo kong ngam hai.. insya Allah..


Xleh juan kuan!(maknanya cannot give up!) mesti pang qi dengan apa yang diajar oleh our AlMighty..


Bak kata en.Nasa mesti usaha! Bak kata kak Ja.. cuba lagi! Bak pesan ayah..cari jalan kebenaran sebenar.. bak kata emak..kena berani.. bak kata cerdik pandai..orang yang belajar menerima hakikat adalah orang yang mencari titik keredhaan penciptanya.. tapi AWAS! Jangan kata oh..ini kan takdir.. jangan salah takdir..kalu x..jadi satu problem la pulok kita nak figure out apa makna ayat Quran tentang nasib sesuatu bangsa tadi.. ye tak? fikir2kan..


Wallahualam..


Moga kita memertabatkan diri kita ke tempat yang sewajarnya.. insya Allah.

Saturday, January 10, 2009

mengajar dan belajar..tiada hujungnya..

Menjadi guru kukira bukan perkara enteng.. bagi mereka yang bukan guru..melihat kerjaya guru sebagai paling enteng sbb cuti banyak kot (huhuu..;p). Minggu pertama berlalu.. gayanya pelajar2 tahun lepas(tingkatan 4,2008)kini semacam banyak berubah. Lebih berdisiplin.. alhamdulillah..
Namun kelas 4H ni sebahagiannya masih di takuk lalu.. agak keras hati sedikit.. baru masuk kelas, encik2 5 orang ni..membuatkan aliran darahku deras ke kepala.. adus.. berat ni! fuh.. kena sabar berganda nih! huhu... moga2 amarahku terkawal sampai ke hujung masa.. Janganlah diri ini berputus asa hendaknya..
Mengajar sains merupakan satu kelebihan.. pastiku sematkan kebesaran Illahi kepada pengetahuan mereka..walaupun dalam samar2.. insya Allah.. Kepada anak didikku yang muslim kupesan kepada mereka mulakan al Fatihah setiap hari dan akhiri tasbih qifarah n al Ashr.. amalan iniku cuba disiplinkan dalam diri dan semoga ilmu2 yang dipinjamkan oleh Allah ini diberkahi.. amin..
Mengajar pendidikan moral satu kelebihan juga kepadaku dalam meyampaikan apa yang dipesan dalam al Bayyan mahupun yang dipesankan oleh Rasulullah SAW.. biarpun sedikit daku berharap ia berterusan.. kerana teringat seketika mengenai suasana di hari kiamat nanti bahawa kita akan dipersalahkan oleh orang bukan Islam kerana tidak membimbing mereka.. huhuhu.. takut juga kerana iman kita ni umpama buih-buih di pantai.. amat rapuh sekali keutuhannya..
kelas moral pertama alhamdulillah disampaikan tentang hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan Allah.. ada pelajarku memberitahu ayat dalam bible.. "sayangi jiranmu seperti kamu menyayangi dirimu sendiri". kita berkongsi hujah. rupanya mengajar moral ni seakan ustaz/ustazah.. huhuhu..
Sesungguhnya segala ilmu yang kita ada ini hanya dipinjamkan dari Allah..inilah yang selaluku bisikkan dalam hatiku agar tidak lalai.. mudah2an.. amin..
wallahualam..

Subuh jemaahku ke-3,1430H


Alhamdulillah..thanks to Allah.. hari ni berjaya ke masjid

untuk menunaikan solat subuh.. tq adik coz drive..
jemaah muslim senampaknya panjang dari hujung ke hujung dinding..walaupun satu saf. kira bertambahkan? yup! Jemaah muslimat..kurang dari minggu lepas. xpe.. solat kat rumah la tu. alhamdulillah juga.
Hamba terfikir macamana ek..kalaulah jemaah subuh sama ramai dengan jemaah Jumaat.. macamana ya keadaannya? Masya Allah.. Allah Maha Berkuasa..Allah Maha Besar!
Alhamdulillah kuliah subuh hari ini mengenai kiamat dan tanda2nya.. kita belajar mengenainya di sekolah.. tapi sedikitpun kita tak gentarkan? Manakan tidak.. kalu kita gentar mesti kita x buat apa yg salah kan? hamba tak terkecuali.. rupa2nya sekian lama kita menzalimi diri sendiri..Astaghfirullah..
"Wahai Tuhan..ku tak layak ke syurgaMu.. namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.." Di mana hamba selama usia baligh ini? Nikmat Tuhanku banyak kuabaikan..kenapa?..
Selesai bertahmid..berzikir.. berdoa.. hamba mencari sudut untuk fokus.. sudut kegemaran.. bukan diantara orang.. biar di tepi atau di hujung agar lebih fokus dan tidak berbual.
Mendengar tentang tanda2 kiamat.. ada tafsiran yang menyatakan semua tanda2 besar telah berlaku...dan dari penerangan ustaz, Allah menjanjikan bahawa orang-orang beriman akan dimatikan terlebih dahulu sebelum hari ditiupkan sangkakala itu..- 'tidak berlaku kiamat selain ke atas orang2 yang paling jahat'. nauzubillah.. janganlah kita2 ini digolongkan dalam lingkungan orang2 jahat itu.
Penceritaan dari surah an Naml(semut) dan surah Muhammad membuat hamba terkesima.. selama ini hanya tahu membaca..tidak tahu maknanya.. alangkah rugi hamba ini.. dalam kedua2 surah ini banyak dibisikkan tentang kiamat.. alhamdulillah hamba diberi peluang untuk menyedarinya..
Dikirakan jika dari kuliah itu.. kita ini tersangat hampir kepada the end of the world..
Kata ustaz..Muhammad SAW bersabda yang membawa pengertian "Aku diutuskan sebagai rasul terakhir, aku dan kiamat hanya antara dua jari.".
Oh dekatnya kita dengan hari itu..
Hamba mencatat dan cuba memahami isi kandungan kuliah pagi ini.. moga2 ini adalah bekalan untuk hamba, ibubapa hamba, saudara mara hamba, seluruh umat Islam sekalian menjadi orang yang lebih baik..amin..doakan bersama.

Namun ada yang hamba kesali.. sikap segelintir jemaah muslimat..(mesti muslimat..huhuhu) kenapa kalian sebahagiannya gemar berbuat bising dalam majlis ilmu? Malu hamba rasanya.. Seorang makcik yang juga duduk berasingan mencari titik fokusnya terganggu akibat sikap cuai segelintir jemaah ini.. ku lihat dia menggeleng2 kepala dan cuba menyuruh jemaah berkenaan menghormati majlis.. namun tiada endahnya mereka.. Oh kasihannya kita!!.. mahu mencari akhirat namun masih seronok hendak berbicara hal dunia dalam rumah Allah.. kenapa begitu?

Hamba pasti yang di situ tahu tentang adat di rumah Allah.. kenapa mereka tahu tapi buat2 tak tahu.. moga ini adalah kali terakhir mereka berbuat bising di rumah Allah..moga selepas ini mereka mengunci lidah sementara berada dalam rumah Allah..

Selesai kuliah, makcik yang mencari titik fokus tadi menegur hamba di luar masjid. Dia melihat aku terganggu kerana deretan makcik2 yang berbual rancak. Mengeluh dia hal jemaah yang bising tadi.. betullah kata orang..anak kita senanglah di tegur, anak orang...huhuhu...serba salah dibuatnya. Hamba berpesan kepada diri sendiri.. tinggalkan hal dunia bila berada di rumah Allah. Itu tempat ibadat. Sematkan di hati.

Bilaku balik.. ku cari tafsir Quran..

Membelek tafsir Quran kepunyaan ayah

yang lama ku tak pegang.. (betapa hamba merugikan diri sendiri selama ini..)Tafsir Quran milikku, adik amik pastu ayah bagi kat anak Ayah Da.. Tafsir Quran ayah ini ku amik sebagai ganti. namun disebabkan hal2 tertentu tafsir ini rosak sebahagiannya.. itu mungkin sebab kenapa hamba tak belek.



Kubuka surah yang diberitahu ustaz tadi.. alhamdulillah.. surah2 ini pernah ku baca tafsirannya beberapa kali dahulu.. pagi ini ia menjadi memories recall.
Surah Muhammad, an Naml, Maryam dan al An'aam.

Hamba terfikir sendirian.. dari surah an Naml, bagaimana semut yang kita lihat lemah itu menjadi guru kepada manusia agar manusia berusaha mencukupkan kebutuhan seharian, berpegang kepada kesepaduan bersama.

Huhuhu.. sedangkan semut tahu berkerjasama.. apa agaknya fikiran semut melihat perbalahan manusia? Persaudaraan semut sungguh utuh.. terkesima mengimbas liga arab yang berkira2 untuk membantu Palestin..
Dalam Muhammad, hamba tersenyum melihat ayat ke 7. Dalam hatiku berbisik.. "Nah Israel!!Tuhanku telah berjanji dengan rasulnya bahawa kemenangan pasti berpihak kepada mereka yang menegakkan agamaNya!Bersaksilah kalian akan janji Allah ini! AllahuAkhbar!".
Dalam Maryam, hamba teringat hal fitrah keibuan yang Allah kirimkan kepada makhluknya yang bernama manusia perempuan. hmm.. sungguh mulia wanita pilihan Allah ini..sehingga diberi nama surah Maryam.
Dalam surah al An'am, hamba terkedu..bolak balik manusia yang berpanjangan.. semacam tak kesudahan.. ke mana kita? huhuhu.. wallahualam..

Saturday, January 3, 2009

Subuh pertama 1430H

dengan rendah diri hamba berkongsi..moga-moga kita berjaya mencari Nur itu..

singgah sana semampu mungkin.. selapang mungkin.. sedaya mungkin.. terkesima seketika kala terdengar sebuah hadis sahih..Rasullullah ditanya oleh sahabat mengenai ummah di akhir zaman.. perbicaraan mereka ini membawa kepada pengertian.. berikut..
"ummah di akhir zaman ummah yang lemah kerana mereka cintakan dunia takutkan mati.. bagaimana mereka boleh mencapai kemenangan? .. apabila solat subuh berjemaah seramai solat jemaah Jumaat.."
hari ini hamba berkesempatan menunaikan solat jemaah subuh di masjid mukarramah di Sri Damansara. aduhai..lamanya tak berjemaah subuh.. kali terakhir subuh berjemaah adalah di UM... kesiannya diri ini yang merugikan diri sendiri selama Allah memberi peluang memberi kesempatan.. hamba lemah..
semalam hamba tidur dengan penuh semangat untuk bangun awal.. mandi bersiap2 untuk ke rumah Allah..alhamdulillah.. betullah kata orang.. jam paling berkesan alam hidup ini adalah nawaitulillahitaala..
Hamba dikejutkan dengan ketukan pintu..untuk menyegarkan lagi mata ini..senang bangun..Alhamdulillah..
Mandi siap2..nak gerak tu.. amik wuduk dulu. bila nak amik wuduk..Allahu Akhbar.. terjelepuk hamba jatuh di atas lantai bilik air. tak pernah2 jatuh.. leh pulak ari ni jatuh.. kebas sebelah badan kiri.. Masya Allah.. tuhan saja yang tahu perasaan ketika itu.. hamba kuatkan diri bangun cepat2 sambil menyebut nama Allah..alhamdulillah.. semangat ini diredhai Allah..
pakaianku habis basah sebelah.. hamba fikir tentunya pakaian ini sudah tercemar.. was-was la ni.. maka tukar yang lain.
kali kedua hamba mengambil wuduk..kali ini pun hampir rebah.. namun sempat menyeimbangkan tubuhku.. (dalam hatiku..aik licin pula lantai bilik air ni..)
Alhamdulillah..
Masya Allah.. cubaanku kira.. hamba melangkah maju ke kereta..walau tangan dan kaki masih kebas..xapa.. masih boleh jalankan? ya...
selamat hamba tiba di masjid Mukarramah Sri Damansara. sedang elok..azan subuh bergema sahdu merdu di dingin hari.. bisikku.."cantik masjid ni.."
melangkah majuku ke saf muslimah.. kurang 15 orang muslimah..muslim agak ramai.. dalam hampir 30 orang hamba kira..
lamanya tidak berjemaah.. paling akhir semasa puasa tahun lalu.. kesempitan masa yang sengaja hamba cipta..
Titis setitik demi setitik air mataku jatuh..tanpa dipaksa.. kukesali kealphaanku selama ini.. menitis air mataku tanpa dipaksa memikirkan kesempatan yang Allah hadiahkan ini.. Hamba adalah antara orang-orang yang diberi keberuntungan...namun hamba tidak perasan.. rugi rasanya..
Di atas sejadah hamba berteleku mendengar iqamah.. berderai lagi air mata..
hamba tunai solat sunat sebelum bersama solat berjemaah.. tak henti titisan air mata ini bagai ada kisah duka dicerita saat itu..
alhamdulillah.. selamat berjemaah.. hamba berkesempatan berzikir..oh Allah..sudah lama hamba lepaskan peluang ini.. kenapa sekarang baru hamba mahu nikmat ini?
doa bersama2 turut membuat hamba menangis lagi.. masya Allah.. terima kasih Allah.. diKau tetap memberi peluang kepada hambaMu ini..
siap berdoa..seperti biasa hamba akan sujud sekali tanda kesyukuran..(amalan ini hamba praktikkan sejak di KPYT- terima kasih kepada hamba Allah yang mengajarku amalan ini..) tetap air mata keluar setitis demi setitis.. Masya Allah..
selesai berjemaah..hamba berkesempatan bersalaman dengan makcik-makcik (yang menjadi jemaah tetap ku rasa..)
Hari ini kuliah maalhijrah lagi.. ada slide ditayangkan.. hamba beralih tempat hujung sudut untuk tidak ketinggalan melihat paparan slide ini.. untuk lebih faham barangkali..
Sirah Hijrah Rasulullah SAW .. bait2 ayat yang pentingku tulis.. mendengar tentang sahabat..menitis deras air mataku jatuh.. mendengar kemuliaan Muhammad Rasulullah SAW.. menitis lagi air mataku.. Masya Allah.. sungguh hamba ini terlepas peluang yang telah dipinjamkan selama ini.. Syukran jazilan kepada Adik kerana memandu kereta dengan selamat untuk ke masjid pagi ini..
Alhamdulillah kepada Allah kerana tidak menarik nikmatMu yang tiada tolok bandingnya kedamaian ini..
"Fa-bi-ayyi alaa'i Rabbi-kuma tukadhdhi-ban.."- o jin and human.. which blessing of your Lord will you deny?- nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan? Dari surah paling indah..ar Rahman..
Ya allah.. dngan nikmatMu, hamba berdiri..dengan kuasaMu, hamba duduk.. dengan kurniaMu, hamba bernafas.. dengan kehendakMu, hamba kaku.. dengan RahmatMu, hamba melihat dengan hakMu, hamba bergelap.. kurniakan kepadaku ibu dan ayah berjiwa tenang bertaqwa kepadaMu..adik beradik yang berpegang kukuh kepada paksi agamaMu, saudara mara dan sahabat yang teguh menjunjung ibadah terhadapMu.. guru-guru dan orang sekeliling yang patuh dengan hukumMu.. Jadikanlah diri ini hamba yang beruntung.. hamba yang tidak menzalimi dirinya sendiri.. amin ya Rabb..amin..

Mencari terus mencari.. mikirin terus mikirin..

Tahun ni insya Allah seboleh-bolehnya hendak berjemaah solat maghrib dan isyak serta subuh di masjid..andai tiada kesempitan.. amacam? join d club? jom!!
Sebenarnya perasaan ini terpanggil apabila hamba berkesempatan tidur dan bangun di suatu hari... hamba sempat bermuhasabah diri.. tertanya-tanya.. kenapa masih sendiri? kenapa hendak hamba ragui kehendakNya.. bukankah dia Maha Mengetahui apa yang daku tidak ketahui..
Namun sifat semulajadiku membuatkan hamba mikirin terus mikirin.. apa alasannya? tak terjumpa jawapannya.. kerana sesungguhnya hamba bukan cermin diri hamba sendiri.. baik buruk hamba kalian di depan mata merefleksikannya.. masih banyak perlu diperbaiki..ya.. masih terlalu banyak..
Hamba terkilan dengan diri sendiri yang sebenarnya banyak sangat diberi peluang oleh Illahi untuk mengumpul amal ibadah.. namn hamba lalai dengan kehidupan.. bukan berfoya-foya tetapi beribadah sekadar ada sahaja..
Penyesalan semakin membuak.. bila hamba berkesempatan mendengar kuliah agama yang adik hamba, Haziq ikuti di You Tube.. kebanyakan teguran dari kuliah itu telah kupelajari ketika di alam persekolahan.. di KPYT dan MMC..
sungguh aku berilmu namun tak beramal.. Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah.. hamba manusia yang kerugian..
Datangnya tahun baru ini hamba memujuk diri yang lemah ini untuk berhijrah.. sebulan peluang Allah beri kesempatan untuk berada dalam kelapangan.. hamba gagal memenuhinya...
suatu masa itu.. hamba dengar radio IKIM... tentang jihad.. hamba baca blog orang tentang zuhud..hamba dengar celoteh berita di tv tentang kematian yang perlabagi keadaan.. benda2 ni seolah2 1 pakej untuk hamba duduk berfikir..betullah.. hamba seorang yang mencari kerugian sendiri.. hamba abaikan apa nikmat yang hamba perolehi.. hamba kerugian..
"Demi masa.. sesungguhnya manusia dalam kerugian..."
Hamba tidak mahu itu lagi.. hamba mahu menjadi orang yang untung.. orang yang ada makna dalam agama.. ayah selalu doakan kesejahteraan hamba.. ibu selalu doakan rezeki hamba.. kenapa hamba sia-siakan doa mereka sehari semalam?
Wahai Allah.. janganlah ditarik nikmat peluang yang telah Kau kurniakan ini..setelah Kau berikannya kepada mereka yang Engkau kehendaki..

Friday, January 2, 2009

judge a book..

“Wahai Tuhan kami, janganlah engkau condongkan hati kami sesudah engkau berikan petunjuk. Dan kurniakanlah kepada kami dari sisi-Mu kerahmatan, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kurniaan.” (Surah ali-Imran, ayat 8)

Tanggapan luaran kalu dimulai dengan ok.. selepas tu k.o xmenjadi hal sangat.. sebab biasa sangat jadi macam tu...
bagaimana pula tanggapan yang tidak ok asalnya..adakah selamanya akan dipandang tidak ok itu? huhuhu o.k ke k.o?

biarlah tanggapan singkat itu terurai dengan pandangan kedua yang melihat makna tersirat di balik tirai tanggapan fizikali itu..