Monday, March 9, 2009

kelahiran dan kematian..

Selawat serta salam buat junjungan Muhammad ya Habib Allah..

Segala pujian bagi Allah.. memberi pinjam RasulNya memberi lambaian kedamaian kepada ummat manusia..memberi syafaat dengan kehalusan hatinya yang murni.. Dia Pesuruh Allah yang agung.. kekasih Allah.. Nabi Muhammad (selawat serta salam buat baginda..)
Bersempena Maulud Nabi 12 rabiulawal.. Selawat serta salam buat junjungan Nabi Allah Muhammad rasulullah SAW.
Menitis air mata, tegak bulu roma mendengar cerita di tv tentang Nabi dan Rasul kita Muhammad SAW..
Cuaca hari ini damai sahaja..suasana damai sejuk mata memandang.. Rahmat Allah berikan kepada kebesaran junjungan besar Muhammad SAW.
Syukur rasanya kita diberi peluang menjadi ummat Nabi Muhammad SAW.
Sungguh kasih baginda Rasullullah kepada kita masih mahu bersama-sama merasai pedih kematian seperti manusia biasa sedangkan Baginda selayaknya tidak merasai kesakitan kematian seperti manusia biasa. Ummati..ummati... andai difikir n direnungkan.. andai kita sekadar mengingati perkataan yang baginda sebutkan dihujung nyawa baginda ini pastinya kita insaf..rindu kepadanya..
Dalam tepoh terdekat ini.. pelbagai berita kematian hamba dengar.. insaf sungguh rasanya.. sahabatku baru saja menerima qada' kematian orang yang paliang dikasihi.. Hamba sedekahkan alfatihah kepada arwah. Sesungguhnya kematian itu hakikat.. semua kehidupan akan merasai kematian.. Masya Allah.. dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali..
Hamba merenung memuhasabah diri yang hina ini.. adakah hamba layak menerima ujian kehilangan orang tersayang? Menggigil seketika.. pasti hamba takut.. selayaknya hamba memberi kata-kata semangat kepada sahabat-sahabatku..tetapi bila dibisik kedalam hatiku sendiri..
Maha Suci Allah.. adakah hamba ini setabah mereka? Jadikanlah hamba ini golongan yang redha menerima ujianMu.. wahai allah.. Itulah yang hamba bisikkan dari hari ke hari..
Kita ini lalai selalu.. sedang Allah itu tidak pernah lalai dengan rahmatNya kepada setiap hambaNya.. Syukran Allah.. syukran jazilan Ya Rahman..Ya rahim..

No comments: