Tuesday, March 17, 2009

Alhamdulillah..

Melihat aku kini.. hamba berasakan penuh kesyukuran..walau ada selingan mendung namun suria seolah2 lebih memberi pancaran sinaran yang indah..mega cerah.. alhamdulillah...Benarlah kataAllah dalam kalamNya.. diuji hambaNya itu setakat kemampuan mereka... Allah tidak membebankan hamba-hambaNya kerana sifatNya yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Sebahagian impian kini seolah-olah beratur menjadi realiti.. Allah Maha Memberi... Dia tak lokek sedikit pun walau kita berjauhan denganNya.. Dia langsung tak berkira..kita yang hina ini saja yang berkalkulator melakukan ibadat...memuji Dia..bertasbih kepadaNya..Adakah di hati kita selalu ada terpahat namaNya?dikala sakit.. dikala sihat? ..di kala sedih di kala gembira?..
Hamba yang hina ini sering membisik adakah aku di dalam kerahmatanNya? Tak layak sungguh aku bertanya ini..kerna sesungguhnya langsung aku tak layak... hanya simpatiNya yang mampu ku pinta.. Maha Suci Allah.. syukran ya Allah.. Kau memberi Kau mengambil ia kembali.. pinjamkanlah kesyukuran..keredhaan..kepada hatiku.. kepada fitrahku.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah...Ingatlah Allah sentiasa wahai hati-hati yang pasrah..kubisik jauh ke dalam sukmaku...amin..

No comments: