Tiap tahun datang kepada kita.. tiap tahun pergi dari kita...
tiap tahun kita riuh nak jumpa dia..
tapi tiap tahun kita kadang-kadang tak cakna kat dia..
dia datang dengan gembira.. kita kenalah sambut dengan gembira..
dia pergi dengan sedih..tapi kita tetap nak bergembira..
tapikan.. kalu orang yang beriman tinggi pasti sedih kalau dia nak pergi...
kanak-kanak gembira tak hairanlah..
kalau kita yang dewasa sakan sangat pasti ada tak kena...
tak lama dah nak raya kan..
malam-malam akhir ini biasanya hilang begitu saja..
moga tahun depan jumpa lagi dia..
bagi yang sambut dia tapi tiang utama senget-senget atau goyang-goyang..
moga-moga kita mendapat hidayah dan merebut nikmat itu..
biarlah tiang itu tegak.. baru rumah leh kukuh..
dia... membuat aku sentiasa termenung dan merenung kejahilan diri..
muhasabah diri namun masih belum kuat..
keegoan yang melemahkan hati naluri insani
lemah selemah-lemah bunga lalang yang terbang ikut angin..
dia.. moga jadi titik jendela baru hijrah kedua selepas muharam...
Jom bangun pagi penuh semangat!
10 years ago
No comments:
Post a Comment