Monday, May 18, 2009

menukar arus

impiannya tidak menyasar..
dia ada apa yang dia mahu..
dia tahu apa dia perlu..
aku pernah berimpian seperti dia..
mahu apa yang aku mahu..
tahu apa yang aku mahu tahu..
Dia nekad..aku?
Dia tekad.. aku?
Dia pergi ..aku?
Dia tinggal..aku?
impiannya yang sebenar sentiasa dekat dengannya..
kini dia cuba menggapainya..
menyentuhnya..
membelainya..
memeluk erat impian itu..
tidak mahu regang dari dirinya..
Dia kini utuh dengan muhasabahnya..
Doa, usaha dan tawakal..
Dia bersungguh kali ini.. dia bercita-cita besar..
aku gembira..dia duka..
dia renung.. aku termenung..
aku dalu mendahuluinya kini membuntutinya..
Ikhlasku tak seindah ikhlasnya..
Dia adalah insan yang mencari dirinya..
Aku adalah insan yang mencari diriku..
aku dan dia banyak bedanya namun hakikatnya impian kami sama..
jalan kami berbeza..
liku kami berbeza..
Dia makin dekat..
aku seolah-olah makin jauh..
jauh dari impianku..
jauh lalai dalam hidupku..
Dia adalah dia..
yang mencari hakiki agama..

Friday, May 15, 2009

Tribute 2 all teachers! From ZERO to HERO!!

My 1st Teacher in this world is my Mother! next is my auntie. then others.. Tribute to all teachers in 1 Maju, 2 Kuning, 3Kuning, 4Usaha, 5Usaha 6Usaha, 1SE1, 2 (x ingat kat SMK TPG n Raja Perempuan), 3Khatijah, 4Science, 4Alfa,5Alfa, Praktikum1, Tutorial 1/2, n kelas2 di Fakulti Pendidikan UM, Fakulti Sains di Jabatan Fizik UM. Tak lupa guru ngajiku Walid n Umi.
Iqra'! Allah utuskan Jibril menjadi guru kepada Rasulullah Muhammad salawat ke atas baginda. Alhamdulillah Allah salurkan hamba ke lembah pendidikan.. moga2 ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk kalian anak2 muridku tersayang tidak kra kelas di depan mahu di belakang.. Kalian khalifah Allah yang telah diamanahkan kepada hamba untuk dibimbing.
Hamba sangat daif dalam mendidik anak murid sekalian.. namun hamba sentiasa berharap dan berdoa agar Allah memberi hidayah kepada kalian yang belum lagi menyembah Allah Taala. Insya Allah.. nawaitu lillahitaala.
Tiada hadiah paling istimewa bagi seorang guru selain melihat anak muridnya belajar menjadi manusia dan berjaya menjadi manusia yang berjaya. Namun bagi yang belum berjaya, moga kalian memperoleh kejayaan. Usaha terus berusaha! Chayo!
Alhamdulillah.. syukran guru2ku.. moga kalian dirahmati Allah.
Semua2 guru di dunia.. betukan niat lillahitaala. Insya Allah kita berjaya dunia akhirat.. amin..

Friday, May 8, 2009

my dream

i just wanted to be understood as it is my dream
since i put my way to understand my surrounding..
am i understanding you as what you want me to be..

memahami bukan perkara enteng..
ia dikelilingi dengan setinggi-tinggi benteng..
kita bermimpi untuk difahami..
realitinya Tuhan sahaja yang memahami..

Menyesali diri melakukan khilaf adalah anugerah hati yang paling sejati..
manusia takut untuk sebut dua perkara...
mengucap kesyukuran dan memohon maaf atas kesilapan..

menjadi diri sendiri atau diri yang dikehendaki?

menyoal diri tentang menjadi siapa adalah satu soalan yang keliru... bagaikan wujud konflik identiti seolah-olah tidak mengenal diri sendiri.. apa kehendak diri apa mahunya diri..
ayah pernah bertanya ''awak kenalkah diri awak?'' cermin diri.. cari sifat sejati..
kehendak diri kadang-kadang melampaui kemampuan.. sifat manusia.. lupa..
Kak Nami pernah cerita.. Qysara masa lahir sepet je mata macam anak cina.. ayah balas..memanglah bayi begitu.. mata masa lahir semua sepet.. tidak mahu lihat dunia.. anak ini bila dilahirkan dia menangis kerana takut dan tak mahu lahir ke dunia yang penuh cubaan ini..
tapi bila semakin membesar manusia seronok rupanya hidup di dunia ini.. penuh dengan kenikmatan yang dipinjamkan sementara oleh Allah Taala Pencipta Agung.
suami adalah cermin isteri.. isteri adalah cermin suami.. anak adalah cermin ibubapa.. ibubapa adalah cermin anak.. siapa yang mampu melihat dan mengenal kita dengan lebih baik selain Allah. Namun Allah memberi kita pinjam cermin yang sebangsa dengan kita.. manusia.
Manusia yang bernama orang yang paling rapat dan selalu berada disamping kita adalah cermin kita..
kita hendak menjadi diri sendiri atau menjadi seorang yang dikehendaki oleh dia..orang di depan kita.. hipokrit.. munafik.. satu persamaan yang dipandang beza oleh bangsaku.. bertanya diriku sendiri dan dengan dirimu.. apakah aku adalah aku?atau aku perlu menjadi orang yang memuaskan hati kamu.. tidak perlu.. jadilah kita yang mencari keredhaan Pencipta Yang Maha Agung.
Maaf kiranya tidak mampu menjadi apa yang kamu kehendaki.. aku masih mencari.. masih..