Saturday, November 12, 2011

khilaf yang berulang

lapang sebelum sempit...
jika ini yg diamati..bagaikan nikmat itu menghilang bila hari berlalu pergi
24 bagai tak mencukupi..
barangkali mahu 25 atau 26
7 bagai tak sempat
barangkali mahu 8 atau 9
365 bagai sekejap
barangkali mahu 367 atau 368
itulah masa yg mustahil...
si kecil kian membesar..
si muda kian tua
esok lusa entah bila....kepastian yg satu itu kan tiba...
aku? khilafku berulang...bagai tiada insaf...
mana taubatku...

Wednesday, October 21, 2009

Labbaiqallah..

Allahdulillah... aidilfitri sudah berlalu.. kini musim menunai haji menyusul memenuhi kalendar Islam kita.. Tahniah kepada semua jemaah haji seluruh dunia... anda tetamu Allah yang beruntung..
sesungguhnya tiada tiket yang paling indah di dunia ini selain tiket menunaikan haji.. ibadat dalam rukun Islam kita.. Jadilah tamu Allah yang mabrur.. moga kita semua akan mendapat keberkatan dan keredhaannya...

Saturday, October 17, 2009

menanti hadiah kasih dariNya..

Tiada kata yang boleh gambarkan kegembiraan dan kesyukuran daku terhadap pinjamanNya..
Bila ada jasad yang membesar dalam rahimku..sungguh sayu rasanya hati..sayu yang penuh kesyukuran.. sayu yang penuh kegembiraan..
Ku mohon terbaik dariNya untuk kami..
Moga perlindungan dan rahmat kasih sayangNya sentiasa mendampingi kami sekeluarga..
Terima kasih ku sujud kepada Allah.. Biarlah zuriat ini menjadi muslim yang sejati.. yang bermanfaat kepada keluarganya, agamanya dan bangsanya..
Amin...